Thursday 21 June 2012

BUKU TERLARIS


SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD


Apa yang menariknya di dalam BUKU INI ADALAH: 

Buku ini disusun dengan merujuk kepada banyak kitab sirah yang mu’tabar (authentic) namun secara umum, majoriti isi buku merujuk kepada buku:
  1. Ar Rahiqul Makhtum karya Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri. Buku ini mendapat penghargaan sebagai juara Pertandingan Penulisan Sejarah Nabi saw anjuran Rabithah Al-Alam Islamiy.
  2. Kolum Hikmah diambil dari buku Silsilah fi Zhilal as Sirah an Nabawiyah karya Amru Khalid. Beliau merupakan insan yang sangat berpengaruh sehingga termasuk sebagai individu yang ke 13 paling berpengaruh di dunia menurut The Time Magazine. Majalah yang sama juga memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher”.
  3. Peta banyak merujuk kepada buku Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW oleh Dr Sami’ bin Abdullah al Magluts.

PENERBIT: PUSTAKA MAGHRIFAH
HARGA : RM280.00
M/SURAT : 600 M/S BERWARNA (H/COVER)



BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.


Kelebihan buku ini ialah penyusun turut memasukkan gambar-gambar barangan peribadi Rasulullah saw seperti pedang Rasulullah saw, baju dan topi besi yang dipakai oleh Rasulullah saw ketika peperangan,lokasi Gua Hira'(tempat penurunan wahyu yang pertama) dan pelbagai lagi. 



Merupakan sebuah buku yang sangat laris dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh penggemar buku. 

Penerbit: MustRead Sdn Bhd

Penulis: Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari

Harga: Rm65.00 (H/Cover)


ENSIKLOPEDIA AKHLAK MUHAMMAD SAW

Ensiklopedia ini merupakan kunci pembuka pintu-pintu kemuliaan akhlak Muhammad untuk kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Tentu saja, hal itu kerana tidak ada satu pun akhlak mulia yang tidak baginda ajarkan dan pasti baginda mencontohkan dalam kehidupan nyata. Ensiklopedia ini memerinci akhlak-akhlak beliau yang nescaya menjadi panduan bagi pembaca yang menginginkan hidup selalu berhias akhlak mulia. 

Menyusuri akhlak Rasulullah SAW, membuat hati menjadi tenang, merasa lebih dekat dengan Baginda, lebih bertambah rasa MAHABBAH dan sentiasa rindu untuk bertemu dengan Baginda. Seorang Insan Istimewa yang menjadi suri teladan untuk umat Islam kerana keunggulan peribadi dan akhlak yang sangat indah. Yang paling utama Baginda memang diutus untuk memperbaiki akhlak manusia, oleh itu, perlu diketahui apakah akhlak Baginda, agar kita dapat mengambil pengajaran dan mengaplikasikan dalam kehidupan.

Penerbit : Pena Pundi Askara
Terjemahan : Mausu’ah min Akhlaqi ar-RasulAbu Amar Mahmud al-Mishri
Harga : Rm290.00


ENSIKLOPEDIA BIDAAH

Buku ini menghuraikan mengenai permasalahan-permasalahan Bidaah yang sering berlaku dalam kehidupan umat Islam masakini. Turut diketengahkan antara amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah saw yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi dilakukan setelah kewafatan Baginda saw. Antaranya seperti Mengumpulkan Mushaf (Al-Quran) dan lain-lain lagi.

Bidaah kini menjadi suatu masalah yang bermain di kalangan umat Islam hari ini, bidaah adalah suatu perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda tetapi ia muncul dan diamalkan oleh umat Islam yang hidup selepas kewafatan Baginda. Ikuti kupasan yang lebih terperinci di dalam buku ini. 

Penyusun :Ust.Mohammad Subki Abd Rahman Al-Hafiz & Sdr.Mohd Rifqi Myiddin

Harga      : Rm 100.00                   


Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar bermazhab Syafii iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan ada kajian umat Islam seluruh dunia.

Antara kandungan RINGKASAN RIYADHUS SOLIHIN ialah:

  • Akidah dan ilmu
  • Tentang solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadah
  • Adab yang bersifat lahiriah dan batinlah
  • Pemberi semangat (targhib) dan amaran (tarhib)
  • Pembahasan mengenai zuhud dan warak
  • Pendidikan keluarga
  • Penyucian hati dan ubatnya
  • Pemeliharaan anggota tubuh badan
  • Kepimpinan
  • Jihad

Penerbit    : PTS Publication Sdn Bhd
Harga        :RM 120.00 (Semenanjung) / RM 123.00 (Sabah & Sarawak)